fbpx
Bazly dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menemubual Hup We (belakang) hari ini.

Wartawan menangis ketika temubual atlet lompat tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sesi temubual wartawan Astro Arena, Bazly Azmi dan jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei meruntun hati penonton kerana kedua-duanya dilihat menangis selepas atlet tersebut gagal melepasi pusingan kelayakan di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari ini.

Sebelum itu, Hup Wei dalam nada sebak berulang kali memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang gagal melepasi ketinggian 2.17 meter pada peringkat saringan tersebut.

Bazly ketika berpusing menghadap kamera dilihat tidak dapat mengawal emosi dengan nada tersekat-sekat menyelesaikan tugasan tersebut.

Menurut Bazly, 15 tahun mengenali Hup Wei akhirnya beliau menyatakan hasrat untuk berundur dari Sukan Olimpik.

“Terharu lihat Bazly bila menemuramah atlet lompat tinggi tadi. Perasaan hiba pasti terasa. Tahniah Bazly kerana keprihatinan anda dalam dunia sukan kita,” komen Hadi Zul di laman Facebook wartawan berkenaan.

“Tidak sukar mendalami perasaan Bazly. Setelah beberapa siri cabaran yang Hup Wei hadapi termasuk pernah positif Covid-19 dan kelayakan beliau ke Sukan Olimpik secara merit juga satu pencapaian membanggakan,” ujar pengendali Laman Facebook Retro Bola Sepak.

“Tiga kali masuk Olimpik dan untuk Olimpik Paris nanti dia tidak mahu dah katanya tadi. Terus Bazly Azmi jadi sebak,” komen Zuhaimi Hashim.

“Betul. Layak pulak dengan merit. Bukan pergi makan angin. Sekurang-kurangnya dia memberi yang terbaik.

Terdahulu, Hup Wei turut dilaporkan mengalami kecederaan buku lali sebelum memulakan aksi pada hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR