fbpx
HEECHUL

Heechul ditinggalkan kekasih sebab ‘video game’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGGOTA kumpulan Super Junior, Heechul mengakui dia pernah putus cinta dengan teman wanitanya hanya disebabkan kegilaannya terhadap permainan video.

Memetik laporan Allkpop, pendedahan itu dibuat Heechul, 38, ketika mengacarakan episod kesembilan program hiburan Fallen for Korea – International Couple yang memaparkan isu tentang permainan video.

Heechul berkata, disebabkan kegilaannya terhadap permainan video, teman wanitanya pada ketika itu bertindak memutuskan percintaan mereka kerana tidak tahan melihat kehidupannya yang terlalu obses dengan sesuatu.

Pada program sama, rakan pengacaranya iaitu Kim Won-hee turut mencelah dengan meninggalkan pesanan murni terhadap Heechul agar segera membuang tabiat berkenaan.

“Pastikan awak buang obses terhadap permainan video sebelum berkahwin nanti,” katanya.

BERITA BERKAITAN