fbpx

Maut jatuh tingkat 15 pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 malam.

Katanya, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah yang berada di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 29 tahun terbaring di koridor tingkat lapan bangunan tersebut.

“Lelaki itu dipercayai telah jatuh dari tingkat 15 bangunan terbabit. Pengesahan kematian telah dibuat oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat punca kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat lelaki itu dibawa ke HSA untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Setakat ini tiada apa-apa unsur jenayah dikesan, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI