fbpx

Bekalan tidak terusik bongkar kematian pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba memasuki rumah untuk mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, Tangkak, Johor hari ini.

TANGKAK – Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemui meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, di sini, pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, kematian lelaki itu yang dikenali sebagai Zuraimi Abd. Aziz, 51 disedari oleh anak saudaranya apabila menemui mangsa tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan.

“Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini juga belum disentuh, justeru dia menjenguk dari tingkap untuk melihat keadaan mangsa sebelum mendapati bapa saudaranya itu hanya terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Anak saudaranya bertindak menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada pihak bomba untuk melihat keadaan mangsa.

“Pegawai perubatan yang datang kemudian mengesahkan mangsa disahkan positif Covid-19 dan telah meninggal dunia. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI