fbpx

Taeil NCT cipta rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEIL NCT

ANGGOTA kumpulan NCT, Taeil mencipta rekod tersendiri apabila meraih begitu ramai pengikut hanya selepas sejam membuka akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Lebih istimewa, Taeil atau nama sebenarnya Moon Tae-Il, 27, berjaya mencipta Guinness World Records apabila meraih sejuta pengikut hanya dalam masa sejam 45 minit.

Menerusi kemas kini dalam Twitter, Guinness World Records menghantar ciapan: “Tahniah kepada Taeil Moon daripada @NCTsmtown yang berjaya mencipta rekod baharu untuk masa yang paling pantas meraih sejuta pengikut dalam Instagram iaitu dalam sejam 45 minit!”.

“Saya tidak sangka akan memegang rekod Guinness World. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan semua.

“Saya akan banyak berkomunikasi menerusi sosial media,” ujar Taeil.

Sejak dibuka minggu lalu, akaun Taeil kini merekodkan lebih dua juta pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI