fbpx

‘Saya ada hitam putih, rilek guys’ – Nadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di Instagram Muhammad Nadir Al-Nuri.

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini memuatnaik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya berserta kapsyen yang seolah-olah menjawab persoalan ditujukan kepadanya.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Muhammad Nadir Al-Nuri memaklumkan bahawa semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai hitam putih (rekod) jadi tiada masalah untuk berkongsikannya sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian.

“Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah.

“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu,” katanya ringkas bersertakan gambar seorang lelaki di samping daging tergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.

Walaupun perkongsian itu tidak menamakan atau ditujukan kepada individu tertentu namun ia dilihat seolah-olah menjawab soalan yang diajukan oleh Pendakwah Bebas, Ebit Lew.

Terdahulu, Ebit dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya semalam meminta Muhammad Nadir Al-Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan NGO di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI