fbpx

MBM terima peruntukan RM7juta daripada KBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL MERICAN

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan peruntukan RM7,081,000 kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urus tadbir pertubuhan belia bagi tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia sebagai satu lagi langkah di dalam Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan (IPBS).

“Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada MBM dan 145 badan-badan gabungannya yang terdiri daripada 19 pertubuhan belia peringkat kebangsaan, 14 Majlis Belia Negeri (MBN), 106 Majlis Belia Daerah (MBD) dan enam Pertubuhan Badan Beruniform (PBU).

“Inisiatif ini juga akan membolehkan gerakan pertubuhan belia berjalan dengan baik, diuruskan dengan lebih cekap dan berkesan,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN