fbpx

Malaysia catat vaksinasi tertinggi semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah pemberian dos vaksin capai angka tertinggi semalam.

PUTRAJAYA – Kadar pemberian vaksin di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan rekod tertinggi direkodkan semalam sebanyak 507,050 dos, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang menerima dos pertama setakat ini adalah seramai 10,920,860 dan 5,104,054 menerima dua dos suntikan vaksin.

“Sejak 12 Julai lalu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari.

“Alhamdulillah semalam, kita berjaya mencapai kadar vaksinasi harian tertinggi setakat ini iaitu 507,050 dos” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa seramai 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8 peratus pula sudah mendapat dos penuh.

“Pencapaian ini selari dengan sasaran yang ditetapkan dan sudah semestinya perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

“Dengan vaksinasi, kita akan dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital dan mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk, seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara, insya-Allah,” katanya.

Pada masa sama, beliau menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap PICK  terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan pusat pemberian vaksin yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI