fbpx

Teruja terima suntikan vaksin dalam bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarina (kiri) dan Mohd. Ali berkongsi pengalaman divaksin dalam bas semasa hadir pada program PPV Bergerak Guar Jering di Bukit Mertajam.

SEBERANG PERAI – “Rasa lain sikit bila divaksin dalam bas ni. Teruja pun ada.”

Itu perasaan yang digambarkan oleh seorang penerima vaksin, Sarina Ayub, 46, selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 yang diadakan secara bergerak menggunakan bas di Kampung Guar Jering, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Dia hadir bersama suaminya, Mohd. Ali Zawawi, 46, yang menerima vaksin pada hari yang sama.

Pasangan itu merupakan antara kira-kira 250 penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Guar Jering iaitu PPV bergerak pertama seumpamanya dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Pulau Pinang.

Menurut Sekreteriat Pengurusan Bencana Daerah SPT yang juga Penyelaras PPV Bergerak SPT, Kapten (Pertahanan Awam) Mohd. Fadhil Fahmi Zaini, sebanyak lapan buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti terlibat dengan program yang diadakan selama sehari bermula pukul 9 pagi itu.

“APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) telah diamanahkan menjadi penyelaras untuk program ini yang menyasarkan golongan kurang upaya, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kritikal sebagai kumpulan penerima vaksin.

“Kita berharap dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu mempercepatkan proses vaksinasi dalam komuniti,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI