fbpx

Pemandu maut kenderaan terbabas langgar lopak air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan empat roda dipandu mangsa terbalik dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan hari ini.

PEKAN – Seorang pemandu jentera berat maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas selepas dipercayai melanggar lopak air di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Simpang Chini, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohamad Shaiful Nizam Ismail, 36, dalam perjalanan menghala ke Kertih, Terengganu.

“Berdasarkan siasatan awal, kenderaan pacuan empat roda dipandu mangsa dikatakan terlanggar lopak air yang dipercayai berpunca daripada saluran paip pecah sebelum terbabas.

“Kenderaan itu yang dipercayai hilang kawalan telah berpusing dan terbabas, kemudiannya terbalik ke kanan jalan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, mangsa yang tercampak keluar daripada kenderaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI