fbpx

Pemain United perlu lebih serius musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHELAN (kiri) merupakan orang kanan pengurus Ole Gunnar Solskjaer dan beliau berharap para pemain United akan lebih serius beraksi pada musim depan.

MANCHESTER – Penolong pengurus Manchester United, Mike Phelan menggesa pemain-pemain pasukan itu memandang serius cabaran yang bakal dihadapi pada saingan musim baharu nanti.

Beliau yang pernah berkhid­mat bersama Alex Ferguson percaya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2021/22 akan menjadi lebih sukar berdasarkan peningkatan ditunjukkan semua pasukan sepanjang musim lalu.

Justeru, beliau berharap semua pemain menunjukkan intensiti tinggi kerana me­nganggap hanya itu satu-sa­tunya cara untuk mereka me­rampas gelaran Liga Perdana daripada Manchester City.

“Saingan musim lalu sangat mencabar, namun kami berjaya harunginya dengan baik dan muncul naib juara. Bagaimanapun, kami mahu catat keputusan lebih baik pada saingan musim ini.

“Jika anda mahu bermain untuk Manchester United, anda perlulah memberikan fokus sepenuhnya dari awal hingga ke akhir musim. Fizikal dan mental perlu berada pada tahap terbaik,” kata Phelan.

Tambah beliau, pemain-pemain perlu mengubah pemikiran dengan menganggap mereka akan beraksi dalam 60 perlawanan semusim, sekali gus boleh membantu dari segi persediaan fizikal.

“Sekiranya pasukan ini memiliki pemain yang berfikiran matang, mereka tidak ada sebarang masalah untuk bermain dalam setiap perlawanan bermula Ogos hingga Mei tahun depan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI