fbpx
CAMAVINGGA (kanan) salah seorang pemain muda yang paling dikehendaki di Eropah dan hanya memiliki baki kontrak selama setahun bersama Rennes. – AFP

Pemain Sasaran The Red Devils diletakkan tanda harga £43 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RENNES – Presiden Rennes, Nicolas Holveck bersedia untuk melepaskan bintang tengah pasukan itu, Eduardo Cama­vinga pada jendela perpindahan musim panas sekiranya menerima tawaran berbaloi.

Beberapa pasukan gergasi Eropah seperti Manchester United, Chelsea dan Real Madrid dikatakan sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun itu.

Justeru, Holveck tidak menolak sebarang kemungkinan untuk menerima mana-mana tawaran memandangkan Camavinga ha­nya memiliki baki kontrak selama setahun bersama Rennes.

“Kami masih lagi mengadakan perbincangan dengan pihak Camavinga berhubung lanjutan kontrak, namun masih belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai masa depannya bersama pasukan ini.

“Bagi saya, situasi masih terbuka dan apa sahaja boleh berlaku. Dia (Camavinga) mungkin boleh meninggalkan pasukan ini sekiranya ada tawaran yang boleh memuaskan hati semua pihak,” kata beliau.

Camavinga dianggap sebagai salah seorang pemain muda yang paling dikehendaki di Eropah dan bukan satu masalah buat kelab-kelab gergasi untuk mendapatkan khidmatnya kerana Rennes hanya mahukan £43 juta (RM248.4 juta).

Rennes juga tidak mempunyai pilihan selain melepaskan pemain antarabangsa Perancis itu pada jendela perpindahan kali ini sekiranya tidak mahu Camavinga keluar secara percuma musim depan. – AGENSI