fbpx

10 kontena berisi kayu pine dari Chile disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kayu pine yang dirampas Maqis Johor dalam pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru, Johor petang semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menyita 10 kontena berisi produk kayu jenis ‘pinus radiata pine’ bernilai RM508,889.43 yang cuba dibawa masuk ke negara ini di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini semalam.

Maqis Johor berkata, produk berkenaan ditemui pegawai penguatkuasa ketika menjalankan pemeriksaan pada pukul 3.45 petang.

Menurutnya, produk kayu berkenaan cuba dibawa masuk ke negara ini daripada Chile.

“Pemeriksaan dibuat mendapati nombor permit Maqis yang dikemukakan tidak sama seperti yang tertera di dalam sijil Fitosanitasi yang diikrarkan bagi produk kayu tersebut.

“Kesemua kayu yang dianggarkan sebanyak 425.7 tan dengan nilai RM508,889.43 itu telah disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sijil Fitosanitasi merupakan dokumen yang menyatakan rawatan serta keperluan berkaitan bagi produk-produk tumbuhan.

Maqis Johor berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI