fbpx

Deddy Corbuzier umpan Ivan Gunawan untuk kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEDDY Corbuzier (kiri) dan Ivan Gunawan.

PENGACARA terkenal Deddy Cobuzier akan memberikan sejumlah wang sebanyak 500 juta rupiah (RM145,385) kepada rakan baiknya yang juga pereka fesyen popular, Ivan Gunawan sebagai rangsangan untuk menurunkan berat badan.

Dalam satu program temu bual secara dalam talian yang dimuat naik Deddy menerusi YouTube, Sabtu lalu, Deddy memberitahu bahawa dia sangat menyayangi Ivan dan ingin melihat rakannya itu lebih sihat.

“Kamu tahu saya sangat sayang dengan kamu. Selalu ambil berat tentang keadaan diri kamu. Kamu juga tahu saya tidak suka kalau berat badan kamu bertambah.

“Saya tidak bermaksud mahu merendah-rendahkan diri kami, cuma saya mahu kamu sihat lebih-lebih lagi ketika pandemik kini,” ujar Deddy kepada Ivan.

Secara tiba-tiba, Deddy mengeluarkan sebuah beg hitam yang mengandung wang berjumlah 500 juta rupiah untuk diberikan kepada Ivan jika dia berjaya menurunkan berat badan.

“Saya mahu beri wang ini kepada kamu tetapi dengan syarat. Kamu harus menurunkan berat badan kamu sebanyak 20 kilogram dalam masa tiga bulan,” ujar Deddy.

Tawaran Deddy disambut baik Ivan yang segera menyahut cabaran berkenaan memandangkan dia juga memerlukan wang gara-gara terkesan ekoran perintah berkurung di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI