fbpx
KOLEKSI Emri X Ameyr memberi mesej mengenai isu kemanusiaan dan alam sekitar.

Pakai baju pun boleh selamatkan alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMBANGKITKAN kesedaran mengenai isu kemanusiaan dan juga alam sekitar merupakan tugas semua orang tidak kira dalam apa jua bidang kerana ia adalah tanggungjawab besar untuk mendidik masyarakat mengenainya.

Begitu juga dalam dunia fesyen yang mana para pereka tampil mengetengahkan isu tersebut menerusi rekaan mereka.

Salah satu jenama yang memandang berat mengenai isu kemanusiaan dan juga alam sekitar ialah Emri Vision dengan menampilkan koleksi Emri X Ameyr bagi menterjemahkan perkara berkenaan dalam rekaannya.

Menurut Pengasas dan Pengarah Kreatif jenama Emri Vision, Emran Rijal Shamsul Rijal atau lebih dikenali sebagai Emri, pihaknya berkolaborasi dengan seorang pelukis iaitu Ameyr yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan abstrak berkaitan isu-isu tersebut.

REKAAN jenama Emri Vision bukan sahaja dibuat untuk cita rasa tempatan, tetapi turut menembusi pasaran global.

“Antara lukisan abstrak yang dijadikan sebagai corak untuk koleksi ini adalah menceritakan mengenai kesihatan mental dan perubahan iklim dunia.

“Kami menampilkan 12 rekaan untuk koleksi Emri X Ameyr terdiri daripada kemeja, dres malam, jaket, baju kasual dan seluar,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Selain itu, terdapat juga corak Emri monogram berbentuk bulat yang diterapkan dalam salah satu koleksi tersebut untuk menyampaikan mesej mengenai rantaian kehidupan.

Rekaan motif Emri monogram itu juga membawa mesej bahawa kita memerlukan antara satu sama lain tidak kira dalam apa jua bidang atau organisasi.

Menariknya, corak Garapan mesej kemanusiaan, alam sekitar tersebut bukan sahaja berbentuk bulat, tetapi jika diamati ia berbentuk bulan sabit yang menggambarkan simbol agama Islam.

Jelas pereka muda itu lagi, rekaan koleksi Emri X Ameyr sangat menarik, mudah disuai padan dan ­ eksibel untuk pelbagai gaya.

Ditambah pula dengan warna-warna terang seperti hijau, biru, merah dan oren yang digabungkan bersama rona gelap.

“Kami juga menggunakan material yang berkualiti dan selesa seperti kapas, sutera satin, viscose serta kapas jersi.

“Koleksi ini disasarkan kepada golongan remaja dan belia yang suka bergaya serta mementingkan penampilan diri lebih ranggi,” ujar anak kelima daripada lapan adik-beradik itu.

Emri memberitahu, pihaknya mengambil masa lebih empat bulan untuk menyiapkan keseluruhan koleksi tersebut yang merangkumi proses percetakan di atas fabrik dan jahitan.

Akuinya, bahagian paling sukar adalah untuk mencetak corak-corak di atas fabrik yang sesuai sehingga mereka terpaksa membuat pengulangan sebanyak lima kali untuk proses tersebut.

 

CORAK Emri monogram yang berbentuk bulat memberi mesej mengenai rantaian kehidupan.

“Kami perlu memilih fabrik yang sesuai agar dakwat cetakan melekat dengan sempurna dan tidak mudah pudar.

“Di samping itu, membuat potongan fabrik untuk dipadankan dengan rekaan juga sangat mencabar,” tuturnya.

Katanya, dia menggunakan model yang berkulit gelap untuk menggayakan koleksi itu bagi memberi kesedaran tentang tiada diskriminasi rona kulit dilakukan pihaknya.

Kain tersebut perlu dipotong dengan betul agar corak itu ada kesinambungan dan mesej menerusi motif lukisan abstrak itu dapat disampaikan dengan baik.

Koleksi Emri X Ameyr didatangkan dalam pelbagai pilihan saiz bermula S hingga saiz besar yang dijual menerusi laman web rasminya di www.emri.vision.

Jenama tersebut bukan sahaja memberi fokus kepada pengguna tempatan, tetapi koleksi rekaannya juga dibuat untuk cita rasa global memandangkan turut mempunyai pelanggan di luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN