fbpx

Sayu.. Fizie, Mark Adam tinggalkan konti Hot FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizie dan Mark Adam menamatkan tugasan terakhirnya pagi tadi bersama Hot FM.

PETALING JAYA – Suasana sayu menyelubungi konti radio Hot FM apabila dua penyampai utamanya yang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Fizie dan Mark Adam mengucapkan selamat tinggal kepada para pendengar setia radio berkenaan hari ini.

Kira-kira 10 tahun menabur bakti di Hot FM, Fizi atau nama lengkapnya, Mohamad Hafizie Roslan memaklumkan perkara tersebut melalui satu hantaran Instagram sebentar tadi.

“Hari ini hari Isnin Julai 2021, satu tarikh yang saya takkan lupakan sampai bila-bila kerana saya nak umumkan, hari ini adalah hari terakhir saya ke udara di Hot FM.

“Setelah hampir 9 tahun menabur bakti di sini. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasihlah kepada semua yang sudi mendengarkan celoteh saya setiap hari. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan. Maklumlah, saya ini manusia biasa.

“Banyak benda yang saya silap buat dalam hidup ini. Maafkan saya kalian semua,” katanya dalam nada sedikit beremosi.

Fizie sempat mengenang perjalanan kerjayanya bersama Hot FM yang penuh dengan suka dan duka.

“Saya generasi terakhir untuk AM Krew. Selepas itu kita buat GPH. Terima kasih kalian kerana menjadi sebahagian dalam hidup saya. Saya doakan kalian semua dalam keadaan yang baik,” luahnya seraya ditenangkan Mark Adam yang menepuk belakangnya dalam video yang dimuat naik.

Dalam pada itu, rasa sayu turut dikongsi Mark yang turut mengucapkan selamat tinggal walau hanya ‘berjodoh’ sekitar lima bulan dengan Hot FM.

Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah berkata, sepanjang berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen itu dia amat berterima kasih kepada rakan-rakan penyampai yang banyak memberikan tunjuk ajar.

“Selamat tinggal Hot FM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pendengar serta rakan-rakan di Hot FM yang banyak berikan tunjuk ajar sehingga bahasa Melayu saya menjadi lebih lancar,” katanya.

Menurut Mark, 41, dia sangat bertuah kerana diberi peluang untuk bekerja dan menimba ilmu di Hot FM.

“Teruskan sokongan kepada Hot FM kerana ada benda-benda baik yang akan datang. Selama saya berada di sini, saya sangat bertuah dengan kerjaya yang diberikan tapi hidup harus diteruskan.

“Tapi apa yang saya nak sampaikan cinta dan sayang saya kepada pendengar dan rakan-rakan di Hot FM,” katanya.

Sehingga kini, belum ada pengesahan siapa penyampai radio yang akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Fizie dan Mark. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI