fbpx

Pengunduran Kim Young-dae disokong peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM YOUNG-DAE

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Kim Young-dae dilaporkan menarik diri daripada terlibat dalam drama baharu yang akan datang, School 2021.

Sebelum ini, sekitar Mei lalu, Young-dae dilaporkan menerima tawaran memegang watak utama bernama Jung Young-joo dalam drama berkenaan.

Memetik laporan sumber terdekat, aktor muda itu dikatakan menarik diri kerana tidak puas hati terhadap perbezaan dalam drama berkenaan berbanding dengan apa yang dibincangkan bersamanya sejak awal.

Memberi maklum balas terhadap penarikan diri Young-dae, pasukan produksi School 2021 dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya terkejut dengan keputusan Young-dae yang dibuat tanpa melakukan sebarang perbincangan.

“Ketika melakukan persiapan untuk penggambaran pada bulan ini, agensinya tiba-tiba memberitahu Young-dae akan menarik diri tanpa berbincang dengan pasukan produksi.

“Kami dan stesen KBS tidak bersetuju dan berusaha mendapatkan kata sepakat. Kami juga kecewa kerana ada artikel mengatakan dia akan muncul dalam drama lain tanpa pernah berbincang secara rasmi dengan produksi. Sebarang keputusan akhir akan dikongsikan kelak,” katanya.

Pengunduran Young-dae daripada drama berkenaan bagaimanapun menerima sokongan peminat kerana menyifatkan pelakon itu berhak melakukan yang terbaik untuk dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI