fbpx

Denda RM28,999 jika pandu secara cuai kerana pakai selipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Memandu sambil memakai selipar boleh mewujudkan persekitaran pemanduan yang berbahaya serta merisikokan diri pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. – The Sun

LONDON – Pemandu di Britain berdepan hukuman denda maksimum £5,000 (RM28,999) jika mereka didapati memandu secara cuai yang disebabkan oleh pemakaian selipar, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Di bawah Undang-Undang 97 Kod Lebuh Raya, pemandu dinasihatkan untuk memakai kasut dan pakaian yang tidak mengganggu kawalan pemanduan.

Jika mereka menggunakan selipar, ia dikhuatiri mudah tercabut daripada  kaki dan terjatuh di bawah pedal, sekali gus menghalang pemandu untuk menekan pedal minyak atau  mengakibatkan situasi brek secara mengejut.

Keadaan ini seterusnya akan membawa kepada keadaan pemanduan  cuai yang boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, di bawah undang-undang sama, sekiranya pemandu ditahan oleh polis ketika memandu secara cuai atau kecuaian yang disebabkan oleh pemakaian kasut yang tidak sesuai, mereka juga boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Kesalahan itu membolehkan pemandu dikenakan denda serta-merta berjumlah £100 (RM580) atau tiga mata penalti bagi lesen memandu.

Bagi kes yang lebih serius atau pemandu yang dihadapkan ke mahkamah, mereka berdepan  denda maksimum £5,000 (RM28,999), penalti sehingga sembilan mata dan larangan memandu.

Sementara itu, satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat insurans, ingenie sebelum ini mendapati sebanyak 27 peratus  pemandu di Britain  berisiko menerima hukuman tersebut kerana memakai selipar ketika memandu.

Meskipun sebilangan besar penduduk Britain mengambil risiko itu disebabkan keadaan cuaca panas, kira-kira satu daripada tiga pemandu faham bahawa memandu sambil memakai kasut yang longgar adalah satu kesalahan.

Menurut Ketua Eksekutif ingenie, Selim Cavanagh, hampir satu pertiga daripada pemandu menyangka memandu dengan memakai selipar adalah satu kesalahan kerana ia amat berbahaya.

“Ini kerana selipar boleh tercabut dari kaki mereka, terjatuh di bawah pedal dan menyebabkan keadaan licin jika kaki basah, sekali gus memberi kesan kepada corak pemanduan jika perlu menekan pedal brek.

“Bagaimanapun, menurut undang-udang yang sebenarnya, memandu sambil memakai selipar boleh mewujudkan persekitaran pemanduan yang berbahaya serta merisikokan diri anda, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN