fbpx

Had laju di Sepanyol 30 kilometer sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peraturan had laju maksimum di Sepanyol hanya 30 kilometer sejam di jalan-jalan kawasan bandar di seluruh negara. - AFP

MADRID –  Kerajaan Sepanyol menguatkuasakan peraturan had laju maksimum 30 kilometer sejam di jalan-jalan di kawasan bandar, di seluruh negara itu minggu ini.

Menurut anggaran pihak berkuasa trafik nasional, peraturan baharu itu melibatkan antara 60 hingga 70 peratus jalan raya di Sepanyol.

Langkah tersebut dilaksanakan selepas satu dekri diraja mengenainya diluluskan oleh kerajaan pusat di Sepanyol pada November tahun lalu.

Ia melibatkan jalan raya dua lorong arah kedua-dua hala.

Jalan yang mempunyai kaki lima pada ketinggian sama akan mempunyai had laju 20 kilometer sejam sahaja.

Kelajuan untuk jalan raya yang mempunyai dua atau lebih lorong pada satu hala pula ditetapkan sebanyak 50 kilometer sejam.

Langkah drastik itu dilaksanakan bagi mengurangkan bilangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya di Sepanyol. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI