fbpx

Ahsan-Setiawan mahu tebus kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Ahsan (kiri) dan Setiawan terkandas di peringkat pada kumpulan pada saingan Olimpik di Rio sebelum ini menyebabkan mereka mahu menebus kekecewaan tersebut di Tokyo. – AFP

TOKYO – Pasangan beregu lelaki Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan percaya kehadiran mereka di temasya Sukan Olimpik 2020 kali ini tanpa sebarang tekanan dalam usaha memburu kilauan pingat selepas gagal pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Sebagai rekod, Ahsan-Se­tiawan telah diberikan harapan tinggi untuk meraih pingat emas di Rio tetapi bergelut dengan pres­tasi apabila terkandas pada peringkat kumpulan sebelum membuat keputusan untuk ‘berpisah’ dalam tempoh setahun.

Kini, Ahsan-Setiawan yang juga beregu lelaki ranking No. 2 dunia telah belajar daripada pengalaman dan cukup matang dalam memastikan sasaran bagi temasya sukan terbesar kali ini berjaya direalisasikan.

“Kami telah membuat persiapan yang cukup rapi sejak awal tahun ini dan cukup fokus agar kesilapan seperti saingan temasya Sukan Olimpik 2016 tidak akan berulang kerana ketika itu kami beraksi dalam keadaan tertekan.

“Sekarang, kami lebih tenang dan saya percaya sekiranya segala berjalan lancar, keputusan positif dapat diraih pada kejohanan kali ini,” kata Setiawan yang pernah meraih pingat emas Sukan Olimpik pada edisi 2008 di Beijing ketika bergandingan de­ngan Markis Kido.

Sementara itu, Ahsan percaya pengalaman beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 dan 2016 sebelum ini menjadi tonik terbaik buatnya dalam usaha menamatkan kemarau kilauan pingat pertama Olimpik di Tokyo nanti.

“Ini adalah temasya Sukan Olim­pik ketiga peribadi saya dan kalau boleh tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

“Saya sedar apa sahaja boleh berlaku di gelanggang tetapi kami perlu fokus memandangkan kami adalah antara pasangan paling senior kali ini dan sudah tentu pengalaman berpihak kepada kami,” kata pemain berusia 34 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI