fbpx

Wanita 102 tahun disuntik vaksin Covid-19 oleh cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Burhan (kiri) menyuntik vaksin Covid-19 ke lengan neneknya, Fatimah di PPV UniSZA, Kuala Nerus baru-baru ini. Gambar hiasan

KUALA NERUS – Seorang jururawat Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) berbangga dapat berkhidmat menyuntik sendiri vaksin Covid-19 kepada neneknya yang berusia 102 tahun.

Mohamad Burhan Hasan, 31, berkata, dia tidak menyangka mendapat peluang tersebut terhadap neneknya, Fatimah Muda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini hari ini.

“Saya berbangga dapat berkhidmat untuk nenek sendiri apabila menjadi jururawat yang menyuntik vaksin berkenaan.

“Walaupun sudah lanjut usia dan mempunyai rekod penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi, nenek tidak gentar untuk disuntik vaksin Covid-19,” katanya ketika ditemui di PPV Unisza di sini hari ini.

Mohamad Burhan berkata, neneknya, Fatimah yang berasal dari Kampung Manir, Kuala Terengganu dapat memahami keperluan vaksin setelah menerima penjelasan anak dan cucu yang berkhidmat dalam bidang perubatan.

Ujarnya, Fatimah dijemput ke PPV berkenaan dengan menaiki ambulans Bulan Sabit Merah (MRC) dari kediaman salah seorang anaknya di Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.

“Nenek sendiri faham dan prosedur dua dos suntikan yang perlu diterimanya. Sebagai golongan berisiko, sudah tentu ahli keluarga yang lain mahu dia menerima vaksin Covid-19 segera,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI