fbpx

Nagelsmann yakin Goretzka terus kekal bersama Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GORETZKA hanya mempunyai baki kontrak setahun sahaja lagi bersama Bayern tetapi rundingan mengenai perjanjian baharu belum diadakan. – AFP

LONDON – Pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann meng­akui tidak bimbang me­ngenai status pemain terbaiknya, Leon Goretzka meskipun pasukannya itu masih belum melanjutkan kontrak ketika ini.

Kontrak Goretzka bersama Bayern Munich masih berbaki setahun lagi sehingga Jun 2022 dan pemain tengah Jerman itu dikatakan masih melakukan perbincangan bersama pihak pengurusan kelab terutama berkenaan soal gaji.

Ketika beberapa pasukan gergasi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Manchester United turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun tersebut.

“Dia (Goretzka) akan kekal bersama pasukan ini. Saya rasa kamu sudah menyaksikan cara dia bermain. Bercakap tentang perpindahan ia adalah proses normal bagi seorang pemain untuk memikirkan soal masa depan.

“Kami semua di sini ingin dia terus kekal bersama kami, dia adalah pemain luar biasa dengan kemampuan terutama memberi ancaman di hadapan pintu gol lawan. Dia juga merupakan salah seorang penyerang berbahaya di Bundesliga dan Eropah. Jadi, dia kini menjadi keutamaan pasukan,” katanya.

Goretzka menjadi watak utama skuad Bayern Munich dalam beberapa musim terakhir. Ia turut mengambil perananan pen­ting saat pasukan tersebut me­raih gelaran trebel pada musim 2019/2020 dan mampu meraih gelaran kesembilan secara berturut-turut dalam saingan Bundesliga pada musim 2020/2021.

Pada musim lalu, Goretzka hanya berjaya meledak lapan gol ekoran prestasinya yang sedikit terganggu ekoran masalah kece­deraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI