fbpx

4,718 jalani saringan percuma Covid-19 di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jagdeep (kanan) ketika meninjau program Penang Saring Covid-19 di Flat Hamna, Batu Uban di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seramai 4,718 individu telah menyertai ujian saringan Covid-19 secara percuma menerusi program Penang Saring Covid-19 (PSC19) di lapan lokasi sejak 5 Julai lalu.

Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeeep Singh Deo berkata, daripada jumlah tersebut, 4,621 daripadanya disaring negatif.

“Pada peringkat awal, 97 kes positif dikesan, menerusi ujian lanjut hanya 23 individu positif Covid-19 dan langkah-langkah pencegahan seterusnya telah diambil mengikut saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

“PSC19 menerima sambutan yang amat menggalakkan dan program ini masih belum selesai di mana kita sasarkan 40,000 orang dapat disaring mengerusi PSC19,” katanya selepas meninjau PSC19 di Flat Hamna, Batu Uban di sini hari ini.

PSC19 yang bermula 5 Julai lalu merupakan inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang bagi membendung penularan Covid-19 di dalam komunti dengan menjalankan ujian saringan percuma secara bersasar dalam komuniti di 40 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pendekatan itu bakal meningkatkan jumlah saringan kepada tambahan 40,000 sampel selain inisiatif saringan di lapangan secara berterusan dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang membabitkan sektor perkilangan.

Dalam pada itu, katanya, PSC19 akan diteruskan di lima DUN bermula 23 hingga 27 Julai ini iaitu di DUN Penaga, Pinang Tunggal, Paya Terubong, Bukit Tambun dan Tanjong Bungah.

Belia berkata, penduduk dan individu yang ingin membuat saringan berkenaan boleh mendaftar di laman web https://penangsaring.selangkah.my atau melalui pusat khidmat ADUN masing-masing. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI