fbpx

6 suspek kes gaduh disambung reman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek wanita (baju lokap oren) yang terlibat dalam kes pergaduhan di Pasir Tumboh, Kota Bharu disambung reman selama tiga hari bermula hari ini.

KOTA BHARU – Enam individu termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang buruh secara beramai-ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini Selasa lalu disambung reman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Tuan Ruzaini Tuah Lah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Perintah itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sebelum ini, tujuh suspek yang terlibat direman tiga hari bermula Khamis lalu hingga hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan, empat suspek termasuk tiga wanita itu didapati positif benzo iaitu sejenis ubat penenang manakala seorang lagi positif amphetamine.

Kejadian dipercayai berpunca daripada ejekan perkataan gila dilakukan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza terhadap mangsa yang merupakan seorang buruh dan sedang berjalan kaki ketika itu.

Ejekan itu menyebabkan berlaku pergaduhan dengan mangsa dipukul oleh pemandu MPV, seorang penumpang wanita dan beberapa orang awam yang berada di lokasi tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI