fbpx

17,106 positif akibat aktiviti kunjung-mengunjung, rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 17,106 individu dikesan positif Covid-19 daripada 267 kluster komuniti yang tercetus antara lain ekoran sambutan perayaan, aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri bagi tujuan berkenaan.

Angka yang dilaporkan itu adalah data sejak permulaan pelaksanaan ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 16 Julai lalu menerusi saringan ke atas 72,755 individu melalui Active Case Detection (ACD) yang dijalankan di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) secara berterusan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah 17,106 kes itu, sebanyak 105 kematian dan 42 kes sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Kluster-kluster komuniti ini tercetus susulan sambutan majlis perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai lalu selain aktiviti kunjung-mengunjung di kawasan kejiranan atau kampung.

“Ia turut melibatkan perjumpaan antara ahli keluarga dari rumah-rumah yang berlainan, majlis pengebumian dan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Beliau turut menzahirkan kekhuatiran berkaitan 21 kluster yang didapati tercetus akibat aktiviti merentas negeri (Import B) selepas sebanyak 1,010 kes positif Covid-19 dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, 21 kluster itu didapati melibatkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan sambutan perayaan, mengunjungi ahli keluarga, menghadiri majlis pengebumian serta atas urusan kerja.

“Negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster rentas negeri tertinggi adalah Perak dengan lapan kluster (38.1 peratus), Terengganu dengan lima kluster (23.8 peratus) serta Kelantan dengan tiga kluster (14.3 peratus),” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI