fbpx

Che Ta melaram beg tangan Birkin cucuk vaksin, jamu frontliners kek pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE TA tetap melaram ke mana sahaja.

PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri tumpuan apabila menggayakan beg tangan mewah jenama Hermes Birkin yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000 ketika mendapatkan suntikan vaksin dos pertama semalam.

Pemilik nama lengkapnya Rozita Abu Bakar itu, sempat diusik oleh seorang pengikut akaun Instagramnya yang menulis: “Amboi pergi pakai Birkin.”

Che Ta yang juga merupakan seorang usahawan itu membalas: “Lama tak pakai, takut reput pula.”

Selain melaram dengan beg tangan mewah, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut bermurah hati menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri.

“Penantian itu satu penyiksaan. Hari ini (semalam) akhirnya, saya sudah dapat slot untuk divaksin.

“Jadi, hari ini saya bawak kek lapis pandan cheese untuk kakak-kakak yang cucuk saya nanti,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik dalam Instagram.

Difahamkan, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu mendapatkan suntikan vaksin jenis Pfizer di Hospital KPJ Tawakkal Kuala Lumpur.

Terdahulu, Kosmo! Online pernah melaporkan Che Ta mengakui dia juga merupakan individu yang memilih jenis vaksin namun menyifatkan dirinya tidak boleh mementingkan diri terhadap apa jua jenis vaksin yang bakal diterimanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI