fbpx

Rodzi dilantik KP Keselamatan Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, 57, dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman pelantikan itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali menerusi satu kenyataan di sini.

Mohd. Zuki berkata, Rodzi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) daripada Univerisiti Malaya.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI