fbpx

Presiden Brazil masuk hospital selepas 10 hari alami sedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bolsonaro dalam satu ucapannya di Brazil pada 26 Jun lalu. -CNN

BRASILIA – Pejabat Presiden Brazil, Jair Bolsonaro kelmarin memaklumkan bahawa beliau  dimasukkan ke hospital akibat mengalami sedu kronik selama lebih 10 hari, lapor akhbar The Sun semalam.

Bolsonaro, 66, akan berada di bawah pemerhatian untuk tempoh  24 hingga 48 jam, kata pejabatnya selain mungkin memerlukan pembedahan.

Beliau dimasukkan ke sebuah hospital tentera di Brasilia manakala pejabatnya mengesahkan pemimpin itu berada dalam keadaan ‘baik’.

Media tempatan,  G1 melaporkan Bolsonaro dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian perubatan yang tidak didedahkan selepas mengadu sakit pada bahagian abdomen kelmarin.

Semasa berucap pada Khamis lalu, Bolsonaro kelihatan sukar untuk bercakap panjang dan berkata dia menderita sedu selama seminggu. Kesihatan Bolsonaro menjadi isu sepanjang beliau menjadi Presiden Brazil.

Pemimpin itu hampir meninggal dunia selepas ditikam pada bahagian usus ketika berkempen pada 2018, menyebabkan beliau terpaksa menjalani beberapa pembedahan susulan selepas mengalami cedera parah dan hilang banyak darah

Beberapa pakar berkata, sedu itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan rasa gatal di bahagian oesofagus susulan pembedahan pada abdomennya.

Selain ditikam, Bolsonaro juga pernah dijangkiti Covid-19 pada Julai tahun lalu, namun telah sembuh.

Beberapa minggu kebelakangan ini, populariti Bolsonaro merudum selepas gagal mengawal situasi pandemik dan menempah bekalan vaksin yang cukup kepada 212 juta rakyat Brazil. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI