fbpx

Lima langkah mudah memohon moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BNM menggesa pengguna yang berkemampuan supaya terus membayar pinjaman kerana itu adalah pilihan terbaik untuk tempoh jangka panjang. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) berkongsi lima langkah mudah yang wajar diambil peminjam jika ingin mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan mereka.

Menurut BNM, untuk langkah pertama, peminjam perlu ­mengetahui pilihan yang ada, iaitu moratorium selama enam bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran bulanan.

“Kedua pertimbangkan situasi semasa, sama ada anda memang perlukan bantuan; pendapatan berkurangan sehingga menjejaskan kemampuan membayar balik pinjaman atau pinjaman sudah pun tertunggak.

“Ketiga, mengajukan soalan kepada pihak bank khususnya mengenai jumlah kadar faedah yang dikenakan, tempoh pinjaman yang mungkin akan dilanjutkan dan pembayaran tambahan yang akan dikenakan serta langkah lain yang perlu diambil sekiranya pendapatan masih terjejas setelah tempoh bantuan berakhir.

“Keempat, memastikan bantuan tersebut tidak akan menjejaskan laporan Sistem Pusat Maklumat Rujukan Kredit,” katanya.

BNM berkata, langkah ter­akhir ialah menghubungi bank sekiranya memerlukan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit untuk nasihat atau pilihan bantuan alternatif.

“Jika pendapatan tidak terjejas, teruskan membuat bayaran balik kerana itu adalah pilihan terbaik,” katanya.

Senarai laman web untuk maklumat/bantuan
BNM: www.bnm.gov.my/RA
AKPK: services.akpk.org.my
BNMTELELINK: bnm.my/RAsurvey
Perancang Kewangan Berlesen SmartFinance Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM): bit.ly/3js5zrm

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI