fbpx

Lelaki nyanyuk ‘cekik’ zakar sendiri guna getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit berusia 81 tahun bertindak mengikat zakarnya menggunakan getah selama tiga hari. - Google

SPRINGFIELD, Illinois – Seorang lelaki yang menderita penyakit nyanyuk bertindak ‘mencekik’ zakar sendiri menggunakan getah selama tiga hati hingga ia membusuk, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Pesakit yang berusia 81 tahun yang turut mempunyai masalah kencing manis  itu dikejarkan ke hospital selepas isterinya gagal memujuk dia untuk membuka ikatan getah tersebut.

Ketika di hospital, doktor bertanya kepada mangsa tentang punca dia mengikat getah pada alat sulitnya namun gagal mendapat jawapan kerana dia kelihatan sangat keliru dengan apa berlaku.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan zakar pesakit membengkak teruk dan berubah warna  menjadi kuning dan ungu sekali gus menandakan ia sudah tidak berfungsi.

Bagi mencegah kerosakan lebih teruk pada zakar itu, doktor memilih untuk membakar bahagian yang sudah mati dan mengeluarkannya menerusi pembedahan kecil.

Saluran katerer juga terpaksa dimasukkan ke dalam kemaluan lelaki itu bagi membuang takungan air kencing yang terkumpul sepanjang tiga hari itu.

Pesakit dilaporkan pulih dalam masa lima hari dengan bantuan antibiotik. Namun, dia gagal hadir janji temu susulan dua minggu kemudian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN