PETALING JAYA- Sebanyak tiga lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 17 Julai sehingga 30 Julai 2021.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga lokaliti di Sabah adalah Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang dan Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau.
“Tiga lagi lokaliti di daerah Kerian, Perak adalah, Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung serta Kampung Binjai.
“Prosidur Operasi Standard (SOP) di kawasan ini sama sahaja seperti yang telah ditetapkan sebelum ini,” jelasnya. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929