PETALING JAYA – Lima lokaliti di Sabah dan Sarawak bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Jumaat ini selepas terdapat peningkatan kes Covid-19 di lokaliti berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti yang terlibat ialah di Kampung Jagoi Duyoh, Daerah Bau, Kuching, Sarawak.
“Di Sabah pula, lokaliti yang akan dikenakan PKPD ialah di Kampung Lubak, Beaufort; Blok 2, Blok 6 dan Blok 9 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Sandakan.
“Selain itu, PKPD juga akan dilaksanakan di Blok Angsana dan Blok Sumboi-Sumboi, Kampung Seberang Benoni, Papar dan Kampung Melalam, Sipitang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah berkuat kuasa Jumaat ini sehingga 29 Julai. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929