fbpx
Anggota bomba menyelamatkan beberapa penduduk Kampung Laut, Skudai, Johor Bahru, Johor susulan kediaman mereka ditenggami banjir kilat malam semalam. Foto IHSAN BOMBA

16 mangsa banjir di Skudai diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Ekoran hujan lebat yang melanda bandar raya ini sejak petang semalam, 16 penduduk di Kampung Laut, Skudai terperangkap dalam kediaman mereka apabila dinaiki banjir kilat.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Kamarulzaman Mohd. Salleh, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada pukul 8.28 malam, semalam.

Menurutnya, seramai 12 anggota beserta empat jentera termasuk sebuah bot utiliti telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sana, didapati terdapat seramai 16 mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat dengan kedalaman air setinggi tiga kaki.

“Kesemua mangsa dipindahkan menggunakan bot ke kawasan lebih selamat dan dihantar ke rumah saudara mara mereka yang terdekat,” katanya di sini hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, mangsa yang terlibat terdiri daripada tiga warga emas, tujuh individu dewasa serta enam kanak-kanak. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI