fbpx

Tite kecewa, akur kekalahan Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (tengah) ditenangkan oleh rakan sepasukannya selepas Brazil tewas 0-1 kepada Argentina pada aksi final Copa America 2021 pagi semalam. – AFP

RIO DE JANEIRO – Ketua jurulatih Brazil, Tite mengakui Argentina layak untuk menjuarai Copa America selepas menewaskan pasukannya 0-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Maracana pagi semalam.

Jaringan tunggal perlawanan menerusi pemain sayap, Angel Di Maria sudah cukup bagi memastikan Argentina menjulang trofi tersebut buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.

Tite berkata, meskipun kecewa dengan kekalahan di laman sendiri, namun beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain mengiktiraf kemampuan yang dimiliki skuad La Albiceleste.

“Apa yang penting bagi kami adalah perlu menghormati pencapaian pasukan lawan walaupun ia amat sukar untuk ditelan. Bola sepak mengajar anda untuk menghormati satu sama lain.

“Memang kami sedih dan kecewa dengan kekalahan ini, namun pujian harus diberikan kepada Argentina kerana mereka bermain lebih baik pada perlawanan itu dan layak untuk menang,” katanya yang membimbing Brazil memenangi Copa America dua tahun lalu.

Pada masa sama, beliau juga memuji tindakan kapten, Neymar yang pergi menemui bintang Argentina, Lionel Messi bagi mengucapkan tahniah biarpun dalam keadaan air mata berlinangan.

Tindakan pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu langsung tidak pelik memandangkan Neymar dan Messi adalah sahabat baik selain pernah bermain dalam satu pasukan ketika menyarung jersi Barcelona.

“Itulah sikap yang perlu ditunjukkan setiap pemain kerana bola sepak bukanlah tempat mencipta permusuhan. Dia (Neymar) seorang pemain serta individu yang sangat baik.

“Tindakan yang dilakukan Neymar juga mengajar kita bahawa walaupun berada dalam kecewa, anda perlu menghormati pasukan lawan dan jangan malu untuk mengucapkan tahniah kepada pemain lawan yang memenangi perlawanan,” tambahnya.

Bagaimanapun, Tite mengkritik Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) kerana tidak melakukan persediaan rapi dari segi fasiliti sehingga menyebabkan padang dalam keadaan kurang memuaskan.

“Penganjur kejohanan perlu bertanggungjawab dengan kea­daan padang kerana ia sangat teruk. Kami hampir kehilangan khidmat Everton Ribeiro pada perlawanan hari ini (semalam).

“Presiden Conmebol (Alejandro Dominguez) perlu menjawab persoalan ini. Bagaimana mereka boleh berikan tempoh yang sa­ngat singkat kepada Brazil untuk menjadi tuan rumah,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI