fbpx

Bayaran tambahan GKP 3.0 disalurkan mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak RM500 juta bayaran Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) melalui Pakej PEMERKASA+ akan disalurkan secara berperingkat kepada 1 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak mulai hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu melibatkan tambahan RM500 kepada bayaran RM1,000 yang telah dikreditkan ke akaun penerima pada pertengahan Jun lalu.

“Pembayaran tambahan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan di dalam sistem GKP bagi membantu aliran tunai mereka semasa tempoh yang masih mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, bayaran tambahan GKP 4.0 di bawah Pakej PEMULIH pula akan disalurkan kepada penerima GKP sedia dan penerima baharu pada bulan September dan November depan, masing-masing sebanyak RM500.

“Bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, tempoh pendaftaran GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai ini,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI