fbpx

Afgan sah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFGAN mengesahkan dirinya kini dijangkiti Covid-19.

JAKARTA – Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Afgan mengesahkan positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang simptom kronik virus tersebut.

Pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu menerusi satu hantaran Instagram memberitahu dia juga percaya suntikan vaksin yang telah diambil sebelum ini antara sebab dia masih mampu melawan virus Covid-19.

TANGKAP layar hantaran Afgan yang memaklum dirinya kini menjalani tempoh kuarantin di rumah.

“Jadi ternyata saya dijangkiti Covid. Ini merupakan hari keempat dan setakat ini tidak mengalami sebarang gejala mungkin kerana telah divaksin.

“Kepada semua, tolonglah ambil vaksin kerana jika anda dijangkiti, simptomnya tidak akan menjadi teruk,” ujarnya dalam entri tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Refrain itu turut berkongsi aktviti hariannya sepanjang dikuarantin iaitu melakukan senaman di rumah.

“Jadi, beginilah cara saya kekal aktif selama kuarantin, hanya melakukan senaman ringan. Kepada yang kena Covid-19 tidak bergejala seperti saya, lakukannya.

“Kita hanya mahu endorphin itu terus aktif dan yang masih sihat, kekalkannya,” katanya.

Terdahulu beberapa selebriti Indonesia juga dilaporkan turut dijangkiti virus Covid-19 seperti Bunga Citra Lestari dan Ashanty. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN