fbpx

UiTM prihatin isu kematian pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) sentiasa prihatin bagi memastikan kebajikan dan kemudahan pelajarnya dalam menjalani sesi pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL).

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam kenyataan hari ini berkata, pihak UiTM turut menyediakan kemudahan internet dan peranti serta mengalu-alukan pelajarnya untuk menginap di kolej atau rumah sewa berhampiran kampus.

Katanya, bagi aspek pentaksiran dan penilaian pula, UiTM melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik serta para pensyarah terlibat telah membuat pemakluman awal berkaitan tarikh-tarikh penting tugasan kepada para pelajar pada awal semester melalui pelan pengajian setiap kursus.

“Pihak pengurusan UiTM amat berdukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga kepada kedua-dua pelajar berkenaan. Semoga keluarga Allahyarhamah dan Allahyarham diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini,” katanya.

Pelajar berkenaan, Nurul Natasya Ezreen Azemi, 22, adalah pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Cawangan Kedah manakala Muhammad Adham Hazim Mohd. Rizaini, 21, pula merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, Cawangan Pahang.

Mengulas lanjut, UiTM memberitahu, bahagian hal ehwal akademiknya melalui inisiatif prihatin telah pun melanjutkan aktiviti pentaksiran dan penilaian berterusan sepanjang minggu penilaian akhir sehingga Ogos hadapan.

Ujarnya, ia dilaksanakan melalui Pekeliling Akademik bil 11/2021 yang dikeluarkan dan telah dimaklumkan kepada semua pelajar dan pensyarah pada 18 Jun lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI