fbpx
BARTY menjadi pemain Australia pertama layak ke pentas final Wimbledon selepas menewaskan Kerber kelmarin. – AFP

Impian besar Barty jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Impian pemain tenis No.1 dunia, Ashleigh Barty untuk melangkah ke pentas final Wimbledon buat julung kalinya tercapai selepas menyingkirkan bintang tenis Jerman, Angelique Kerber pada aksi separuh akhir kelmarin.

Pemain 25 tahun dilihat mempamerkan aksi cukup bertenaga apabila mengatasi Kerber de­ngan kemenangan straight-set 6-3, 7-6 sekali gus membolehkan Barty menjadi pemain Australia pertama layak ke final Wimbledon sejak 1980.

Hasil kemenangan tersebut, Barty akan berdepan bekas pemain No.1 dunia, Karolina Pliskova selepas pemain Republik Czech tersebut berjaya menewaskan pilihan kedua, Aryna Sabalenka dengan keputusan 5-7, 6-4, 6-4.

“Saya akui Kerber mempa­mer­kan aksi cukup mencabar pada hari ini dan kemenangan ini membolehkan saya untuk mengejar impian sejak kecil untuk meraih gelaran Grand Slam di Wimbledon.

“Saya sudah mengharungi pelbagai cabaran dan belajar daripada pengalaman lalu. Ia adalah perjalanan yang luar biasa sepanjang penampilan saya di Wimbledon.

“Saya akui ia merupakan sesuatu yang luar biasa. Terdapat banyak perkara yang membawa saya ke tahap ini dan saya tidak akan lupa mengenainya.

“Pada saingan kali ini, saya menikmati setiap perlawanan di sini dan aksi final nanti pasti menjadi pengalaman terbaik yang akan saya lalui. Saya akan cuba lakukan terbaik untuk memenanginya,” kata Barty.

Sementara itu, Kerber meng­akui sudah melakukan yang terbaik untuk mengatasi Barty, namun akui Barty berjaya mencari jalan untuk meraih kemenangan.

“Saya cuba bermain sebaik yang mungkin dengan cara saya sendiri dan tidak terikut de­ngan gaya permainan Barty. Tetapi, dia sentiasa berjaya bermain dengan baik pada setiap set perlawanan.

“Sudah pasti saya sa­ngat kecewa tetapi ini adalah tenis segalanya mungkin terjadi. Tahniah kepada Barty,” kata Kerber. – AGENSI

POPULAR