fbpx

Haramkan minuman bergula di mesin layan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengharamkan penjualan minuman bergula di mesin-mesin layan diri di hospital, sekolah dan lokasi-lokasi awam lain.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, gesaan itu dibuat berikutan tindakan pihak berkuasa di Australia Barat yang mengharamkan penjualan minuman bergula sebagai sebahagian daripada langkah untuk memerangi obesiti.

Menurutnya, di bawah dasar itu, kesemua mesin layan diri, kedai runcit, kafe, kedai cenderahati dan kiosk tidak dibenarkan menjual minuman manis bergula yang tiada atau mempunyai nilai nutrisi yang rendah.

“Minuman bergula ini termasuklah minuman ringan, teh ais, minuman tenaga dan sukan serta sesetengah jus buah-buahan, minuman berperisa dan susu.

“Malaysia sepatutnya mengambil pengajaran daripada perkara ini memandangkan negara kita mempunyai kelaziman obesiti tertinggi di Asia Tenggara iaitu 30.4 peratus dewasa mempunyai berat badan berlebihan seperti dalam Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat keperluan segera untuk mengekang peningkatan kelaziman obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini ketika kita sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19.

“Obesiti adalah faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, usus besar, pankreas dan buah pinggang.

“Berbanding individu yang mempunyai berat badan biasa, obesiti meningkatkan risiko diabetes jenis 2 tujuh kali ganda dalam kalangan lelaki dan 12 kali ganda dalam kalangan wanita.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pesakit dengan penyakit kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik, diabetes dan kanser lebih mudah terjejas untuk jatuh sakit apabila mereka dijangkiti Covid-19,” katanya lagi.

Beliau berkata, menurut Kementerian Kesihatan, pesakit Covid-19 dengan NCD mengalami gejala lebih teruk serta lebih 85 peratus daripada mereka yang meninggal dunia merupakan penghidap penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI