fbpx

Dah jumpa doktor, sebenarnya saya okey – Hafiz Suip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ SUIP

PETALING JAYA – Menyedari tanda tanya ramai tentang status kesihatannya yang dikatakan semakin merosot, ditambah lagi dengan susuk fizikal yang terlampau kurus, penyanyi Hafiz Suip tampil meredakan keadaan.

Biarpun tidak terlalu memperincikan apa sebenarnya yang berlaku, pemili nama Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 31, itu berkata, kesihatannya baik-baik sahaja, malah dia kini dalam proses untuk mendapatkan semula bentuk badan asal apabila gimnasium dibuka semula sehabisnya perintah berkurung nanti.

“Assalamualaikum. Sikit lagi nak kembang (bentuk badan). Tunggu gimnasium buka nanti,” katanya ringkas.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi asal Kuching, Sarawak itu memberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dirinya.

Kata Hafiz, keadaan diri seseorang sama ada sihat atau sakit, semuanya adalah atas ketentuan Allah SWT.

“Sama ada kita sihat atau sakit Allah SWT yang tentukan, bukan siapa-siapa walaupun diri kita sendiri.

“Tapi sebagai asbab untuk kita tahu itu (kesihatan), kita jumpa doktor. Setakat ini alhamdulillah semua okay,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz menggesa peminatnya supaya tidak terlalu bimbang akan keadaan dirinya dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua.

“Sudah, jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha (memerangi Covid-19). Yang berada di rumah, jaga keselamatan dan ikutlah prosedur operasi standard (SOP). Bagi yang sedang mencari keperluan, saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan anda

“Terima kasih atas keprihatinan semua. Saya sayang anda sehingga ke syurga,” tulis Hafiz.

Terdahulu, penyanyi lagu Awan Nano itu mendapat perhatian ramai peminatnya selepas memuat naik satu hantaran dalam Instagram miliknya dengan memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Lebih mengejutkan apabila Hafiz turut berkongsi gambarnya yang terkini dalam keadaan kurus sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Ujarnya, dia berbuat demikian (meminta maaf) kerana takut pada azab Allah SWT ketika hari pembalasan di akhirat nanti. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI