fbpx

SRP beri manfaat kepada 4,000 pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – SME Bank menyasarkan Program Kemudahan PKS atau lebih dikenali sebagai SME Relief Program (SRP) akan memberi manfaat kepada lebih 4,000 pelanggannya de­ngan nilai pembiayaan RM6.7 bilion.

Presiden Kumpulan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, selari dengan objektif pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), SRP 3.0 juga bertujuan untuk membantu usahawan yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Menurut beliau, ciri di bawah program tersebut adalah moratorium yang ditawarkan selama enam bulan dan lanjutan tempoh pembiayaan asal ditambah sehingga 12 bulan bagi memastikan pelanggan mampu menjelaskan bayaran bulanan.

“Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu menguruskan aliran tunai dengan lebih efektif.

“Permohonan daripada pe­langgan juga akan dipermudahkan berdasarkan kepada kriteria kelayakan yang fleksibel dan me­rangkumi semua sektor ekonomi,” katanya kepada Kosmo! melalui temu bual secara e-mel baru-baru ini.

Aria Putera menjelaskan, SME Bank telah menawarkan SRP sebanyak dua kali iaitu SRP 1.0 dan SRP 2.0. bermula bulan Oktober 2020 setelah berakhirnya kemudahan moratorium automatik yang disediakan oleh BNM.

SRP 1.0 ditawarkan untuk semua pelanggan SME Bank dalam semua sektor, manakala SRP 2.0 bersifat bersasar dan tertumpu kepada sektor yang masih terjejas setelah berakhirnya PKP 1.0 iaitu sektor peruncitan, perkhidmatan, makanan dan minuman serta pengangkutan awam.

Tambah beliau, bagi SRP 1.0 sebanyak 3,084 pelanggan telah mendapat manfaat dengan nilai pembiayaan sebanyak RM4.1 bi­lion, manakala bagi SRP 2.0 yang berbentuk bantuan bersasar, sejumlah 1,113 pelanggan memohon dengan melibatkan nilai pem­biayaan lebih daripada RM556 juta.

Sementara itu, Aria Putera menyarankan agar usahawan yang menghadapi kekangan berhubung pengurusan aliran tunai digalakkan memohon moratorium agar mereka dapat kembali kepada pelan perniagaan sedia ada serta dapat mengatur se­mula keperluan aliran tunai yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

“Berbincanglah dengan pegawai perhubungan masing-masing agar pihak bank dapat mengenal pasti keperluan dan bantuan yang sesuai agar dapat disalurkan dengan lebih cekap dan ­menyeluruh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI