fbpx

Pontianak ‘hadir’ majlis pengebumian mangsa Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat pontianak (dalam bulatan) ketika majlis pengebumian mangsa Covid-19 di Kuningan, Indonesia. - Tribunnews

JAKARTA – Tangkap layar kelibat pontianak sewaktu majlis pengebumian mangsa Covid-19 di Kuningan, Jawa Barat, menimbulkan kekecohan media sosial, lapor Tribunnews, hari ini.

Rakaman sosok putih di atas pokok menghadap liang lahad tersebar menerusi aplikasi Whatsapp dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut pengamatan mereka, kelibat tersebut kelihatan seperti wanita berbaju putih di atas pokok sedang bertenggek menyaksikan sesi solat jenazah yang berlangsung malam semalam.

Bagaimanapun, Ketua Kampung Cilimus, H. Mulyadin menafikan kemunculan makhluk halus itu dan menganggapnya hanya daun biasa.

“Acara pengebumian berjalan lancar, tiada unsur mistik yang berlaku.

“Saya anggap kelibat putih itu daun sahaja, jangan terlalu lekas percaya. Kita masih ada Allah dan agama,” ujarnya.

Sejak dua minggu lalu, seramai 14 penduduk kampung meninggal dunia ketika menjalani kuarantin kendiri di rumah berikutan tiada ruang isolasi kosong di hospital. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI