fbpx

Peminat Brazil lebih gemar tonton aksi Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Copa America kali ini hilang serinya apabila para peminat bola sepak tidak dibenarkan membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan akibat Covid-19. – AFP

RIO DE JANEIRO – Biarpun di­pilih menjadi tuan rumah saingan Copa America 2021 selain mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menundukkan Peru 1-0 pagi semalam, peminat bola sepak di Brazil seakan me­nyambutnya tanpa keterujaan.

Kebanyakan peminat bola sepak di Brazil lebih gemar me­nyaksikan saingan Euro 2020 yang juga sedang berlangsung ketika ini berbanding memberikan sokongan kepada pasukan mereka sendiri.

Ia bukanlah fenomena biasa kerana masyarakat di Brazil cukup terkenal sebagai komuniti yang gilakan bola sepak, namun kewujudan wabak koronavirus mengubah sebahagian kehidupan mereka menyebabkan mereka tidak lagi boleh membanjiri stadium.

Kejayaan Brazil ke final disambut dalam keadaan dingin tetapi mereka kini lebih teruja untuk menantikan pasukan mana yang bakal mengisi slot aksi final Euro 2020 menerusi pertembungan Itali dan Sepanyol serta England menentang Denmark.

Brazil dipilih menjadi tuan rumah kira-kira dua minggu sebelum saingan Copa America 2021 bermula selepas Argentina dan Colombia terpaksa menarik diri ekoran penularan wabak Covid-19 yang merisaukan.

Pandemik Covid-19, dipilih menjadi tuan rumah saat akhir, beberapa perlawanan yang dianggap kurang kompetitif dan kebanyakan agensi penyiar berpengaruh yang tidak menayangkan perlawanan-perlawanan berkenaan menyebabkan terujaan para peminat ‘hanyut’ begitu sahaja.

“Aksi Copa America tidak pernah hilang seri tetapi kali ini sangat mengecewakan. Ibu saya mungkin tidak mengetahuinya jika saya tidak memaklumkan bahawa saingan Copa America berlangsung di tempat kami.

“Kami hanya mampu me­nyaksikannya menerusi tele­visyen sedangkan ia bukan budaya kami kerana keutamaannya adalah menyaksikanya di stadium. Kini saya lebih minat untuk menonton saingan Euro berbanding Copa,” kata seorang peminat, Thomas Castro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI