fbpx

Pelantikan ini satu amanah – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai satu amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.

Menurutnya, lantikan itu juga bukanlah satu keistimewaan sebaliknya adalah amanah dan tanggungjawab yang berat.

“Ini kerana tumpuan utama kerajaan ketika ini menghadapi pandemik Covid-19 dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah di atas pelantikan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” katanya menerusi kenyataan akhbar pertamanya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

Katanya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepercayaan diberikan ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI