fbpx

Wawa Zainal gembira anak sulung akhirnya makan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA melahirkan rasa gembira apabila anak sulungnya yang berusia tujuh tahun sudah mula menikmati hidangan berasaskan ayam.

PETALING JAYA – Pelakon Wawa Zainal melahirkan rasa teruja selepas anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar akhirnya mahu makan ayam selepas tujuh tahun menolak daripada menjamah makanan berasaskan ayam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, anak sulungnya yang berusia tujuh tahun itu tiba-tiba ingin menjamah masakan ayam kerana terpikat dengan aromanya sewaktu berada di dapur.

“Alhamdulillah selepas tujuh tahun, Attar (panggilan anaknya) dah pandai makan ayam. Semalam masak ayam kari dan kebetulan dia ada di dapur.

“Dia cakap bau sedap dan mahu cuba menjamahnya (kari ayam). Lalu dia pun makan kari ayam yang saya masak,” kata Wawa.

Selepas menjamah sedikit masakan kari ayam tersebut, Wawa berkata anaknya itu memuji kesedapan masakan tersebut dan meminta untuk memasak hidangan serupa pada masa akan datang.

“Jadi hari ini saya masakkan lagi ayam untuk Attar dan dia sangat menyukainya!” jelas isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu.

Dalam hantaran itu juga, Wawa menjelaskan bahawa sebelum ini, Attar langsung tidak menjamah masakan berasaskan ayam dan hanya makan nasi bersama sup kosong sahaja.

“Buah-buahan dia makan juga. Tapi sayur langsung tidak mahu. Harap-harap lepas ini makan sayur pula ya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Sabda Kekasih itu berkata bahawa anaknya kini baru sedar bahawa betapa nikmat dan lazatnya daging ayam.

Menjengah dalam ruangan komen, ternyata ramai pengikutnya dalam kalangan ibu turut berdepan dengan situasi serupa apabila anak-anak mereka menolak untuk makan makanan berasaskan ayam.

“Sama macam anak saya sulung saya. Dari usia setahun tak makan nasi dengan lauk pauk sehingga berusia tujuh tahun. Beri ayam pun susah nak suruh makan sampai kena paksa. Sekarang baru nak berjinak-jinak makan nasi dengan sup kosong,” kata salah seorang pengikutnya.

Sekadar info, selain Attar, Wawa turut memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN