fbpx

SME Bank terbit Sukuk Wakalah RM3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – SME Bank memperkenalkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM3 bi­lion dan menjadi Institusi Kewa­ngan Pembangunan (IKP) pertama di negara ini yang menerbitkan Sukuk Kelestarian bagi meme­nuhi keperluan dana dan modal kerjanya.

Presiden Kumpulan dan Ke­tua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, Sukuk Kelestarian ini diterbitkan pada masa yang bertepatan terutamanya sewaktu krisis ini berlaku di mana terdapat ke­perluan untuk menyeimbangkan antara menjalankan perniagaan bagi mendapatkan keuntungan dan melakukan kebaikan bagi memenuhi tanggungjawab terhadap faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Menurut beliau, hasil daripada penerbitan sukuk berkenaan, akan disalurkan bagi membiayai projek secara langsung untuk menyokong 11 daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurutnya, sejumlah 11 ka­tegori yang terpilih diselaraskan dengan kategori projek hijau dan sosial yang diakui oleh Piawaian Bon Lestari ASEAN (ASEAN SUS), Piawaian Bon Sosial ASEAN (ASEAN SBS) dan Piawaian Bon Hijau ASEAN (ASEAN GBS) yang dikeluarkan oleh Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF).

Di samping itu, 11 kategori ini juga diselaraskan dengan GarisPanduan Bon Lestari (SBG), Prinsip Bon Hijau (GBP) dan Prinsip Bon Sosial (SBP) yang dikeluarkan Persatuan Pasaran Mo­dal Antarabangsa (ICMA) serta mengikuti garis panduan stan­dard daripada Rangka Kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Kategori projek hijau ini me­nyasarkan enam sektor utama ia­itu tenaga, pembuatan, pengangkutan, bangunan, sisa dan air.

“Sektor ini telah dikenal pasti oleh Pelan Induk Teknologi Hijau bagi membantu pertumbuhan teknologi hijau di Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, fokus bagi ka­tegori projek sosial adalah untuk mewujudkan pekerjaan yang sesuai, meningkatkan kesaksamaan jantina dan memberi peluang ekonomi kepada kumpulan sosial yang tidak mendapat bantuan serta mendapat bantuan yang tidak mencukupi di negara ini.

Tambah beliau, dengan terbitnya Sukuk Kelestarian ini, SME Bank berada pada kedudukan yang betul untuk mempromosikan dan mendidik tentang pentingnya memasukkan ESG dalam operasi perniagaan semua PKS.

POPULAR