fbpx

Rakyat Jepun ketawa Putera Harry dapat jawatan ‘zakar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawatan Putera Harry di Jepun mempunyai maksud ‘zakar’-AFP

TOKYO – Monarki Britain, Putera Harry mendapat pekerjaan  baharu sebagai Ketua Pegawai Impak di sebuah syarikat  motivasi kesihatan mental di California, manakala jawatan itu dikenali sebagai Chimpo dalam kalangan komuniti perniagaan, lapor akhbar Metro.co hari ini.

Bagaimanapun, jawatan itu mendapat perhatian atas sebab yang salah di Jepun. Ini adalah kerana perkataan chimpo adalah slanga untuk zakar dalam bahasa Jepun.

Laman berita Jepun, SoraNews24 melaporkan orang ramai ketawa apabila mengetahui nama gelaran untuk jawatan tersebut.

“Bayangkan sekiranya beliau datang ke Jepun dan memperkenakkan  diri sebagai seorang chimpo kepada pegawai-pegawai? Saya mahu melihat wajah mereka!,”  kata seorang pengguna media sosial negara itu.

Gelaran tersebut digunakan oleh banyak syarikat lain yang berkecimpung dalam bidang tersebut.

Putera Harry    bekerja sebagai  chimpo untuk syarikat BettetUp Inc dan mengumumkan langkah tersebut pada Mac lalu.

Putera itu memberitahu  akhbar  Wall Street Journal bahawa beliau mahu menggunakan peranannya untuk mencetuskan impak dalam kehidupan orang lain.

” Latihan proaktif menyediakan peluang tidak terbatas untuk kemajuan kendiri, meningkatkan kesedaran dan membawa kepada kehidupan lebih baik,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN