fbpx

MR.DOLLAR agih 1,000 pek makanan sokong Bendera Putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MR D.I.Y. Group (M) Bhd. melalui anak syarikatnya, MR.DOLLAR menggiatkan usaha-usaha kemanusiannya dengan menyokong projek Bendera Putih melalui inisiatif #KibarkanBendera­KamiBantuSegera bermula semalam hingga 14 Julai ini.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Andy Chin berkata, melalui inisiatif tersebut, syarikat akan mengagihkan 1,000 pek makanan setiap hari kepada rakyat yang memerlukan bantuan yang tinggal dalam lingkungan dua kilometer dari mana-mana cawangan MR.DOLLAR di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, kesemua 42 cawangan MR.DOLLAR akan mengambil bahagian bagi mengedarkan pek makanan yang terdiri daripada minyak masak, mi segera, teh dan kopi, biskut, krimer manis serta bahan perasa.

“Saya juga seorang ketua ke­luarga, jadi saya amat memahami kesusahan yang dialami rakyat dalam situasi sekarang, ter­utamanya apabila mereka tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga.

“Melalui #KibarkanBendera­KamiBantuSegera, kami berharap dapat berusaha sedaya upaya membantu rakyat menempuh fasa mencabar ini.

“Sehubungan itu, kami menyeru semua untuk turut membantu ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga dalam usaha ini. Apabila kita bersatu, kita akan dapat mewujudkan begitu banyak perbezaan dalam kehidupan masing-masing.

“Sebagai perniagaan yang diasaskan di Malaysia, MR.DOLLAR akan menjejaki golongan yang memerlukan bantuan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Chin menjelaskan, bagi mereka yang mahu mengambil bahagian dalam inisiatif ini, keluarga yang memerlukan bantuan boleh mengibarkan bendera putih di hadapan rumah mereka.

Kemudiannya merakam gambar dan berkongsi gambar tersebut untuk memohon bantuan melalui WhatsApp di talian 012 771 1079.

Selepas menerima gambar tersebut, kakitangan perkhidmatan pelanggan MR.DOLLAR akan menghubungi penerima untuk mengaturkan penghantaran pek bantaun makanan tersebut.

Tambah beliau, ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara juga boleh menghantar permohonan bagi pihak keluarga yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI