fbpx

Zarina Anjoulie dan kes saman polis!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA ANJOULIE

SEJAK Rabu lalu sehinggalah hari ini, nama Zarina Anjoulie atau Anju menjadi bualan hangat netizen. Selepas satu, satu hal lain pula yang timbul. Sebelum ini kecoh tentang kisah kahwin cerai, terbaharu dikaitkan pula dengan dakwaan ditahan polis kerana dadah.

Semuanya gara-gara berita seorang selebriti wanita sensasi ditahan polis kerana pengambilan dadah di sebuah chalet di Nilai, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.

Ramai yang mendakwa selebriti tersebut ialah Anju, namun tuan punya badan tidak mengiyakan mahupun menafikan.

Kalau nak dia buka mulut, wartawan kena bayar dahulu sebanyak RM5,000.

Mungkin sebab tak ada orang bayar, dengan sendirinya dia buka isu baharu nak saman polis kerana mendakwa gambarnya ketika dalam tahanan telah disebarkan oleh seorang anggota polis wanita.

Anju juga bertindak berani membuat laporan dan nekad menuntut keadilan.Diva harap polis akan betul-betul siasat kes ini sebab macam-macam khabar angin tersebar. Tunggu episod baharu!

Bahang hiburan minggu ini boleh dikatakan milik Anju, artis lain masih sakit hati dengan PKP, PKPD agaknya.

DIVA: Kisah ikan talapia laut Che Ta dan kandungan media sosial Datuk Rizalman pun menarik juga minggu ini. Panas!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI