fbpx

Kahwini abang kandung angkara bapa nikah rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perkongsian seorang peguam mengenai kisah seorang wanita berkahwin dengan abangnya apabila bapa mereka bernikah secara rahsia di Thailand tular di media sosial hari ini.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya berkata, wanita itu berkenalan dengan bekas suaminya ketika menuntut di universiti dan berkahwin selepas tamat pengajian.

“Semasa kenal dia tidak pernah jumpa bapa lelaki tersebut yang dikatakan sudah meninggal dunia. Wanita itu juga telah kematian bapanya.

“Wanita itu dinikahkan abang sulung sebagai walinya dan mereka mendapat seorang anak selepas dua tahun berkahwin,” tulisnya.

Pada suatu hari semasa berbual dengan ibu mertua terkeluar cerita bahawa ibu mertuanya pernah berkahwin dengan seorang lelaki di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa sebelum bercerai selepas anak mereka lahir.

Berita berkaitan: Kahwini abang kandung angkara bapa nikah rahsia 

Katanya, rasa ingin tahu mendorong wanita itu melihat sijil nikah ibu mertuanya dan terkejut apabila mendapati nama bekas suami ibunya sama dengan nama bapanya.

“Nombor kad pengenalan dan pasport juga serupa. Apabila diminta menunjukkan gambar ternyata individu tersebut orang yang sama.

“Dia yang sangat terkejut terus memandu pulang ke rumah keluarganya dan menangis sepanjang perjalanan. Suaminya juga menangis apabila mendapat tahu mengenai perkara itu,” katanya.

Hantaran itu dikongsi lebih 1,000 kali dengan ada netizen turut berkongsi pengalaman pernah mendengar kisah individu yang berdepan konflik seumpama itu.

“Ingat lagi pernah terjadi sudah ada tiga anak, baru tahu berkawin dengan abang satu bapa. Sedih sungguh kerana mereka kena berpisah,” komen Norrellah Mohd Danial.

“Inilah akibatnya apabila poligami disembunyikan tanpa pengetahuan isteri sedia ada belum termasuk bab pewarisan harta pusaka dan lain-lain lagi,” ulas Iyah Pak An

“Sebab takut masalah sebegini berlaku, saya selalu beritahu suami, jangan nikah sembunyi, kalau mahu bawa balik borang saya tandatangan,” komen seorang netizen. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI